Bagaimana Calon Phd Dapat Pingat Emas Dalam Pertandingan Inovasi

Digylearn

Ingin tinggalkan manfaat kepada masyarakat antara sebab Cikgu ini hasilkan modul walaupun…

Cikgu Nora merupakan seorang guru sekolah yang sedang menyambung pengajian PHD. Beliau juga salah seorang peserta Legend Blueprint Mentorship yang telah grad dengan modul beliau ‘Matematik Pengguna : Pengurusan Kewangan’.

Digylearn

Jom kita hayati apa yang Cikgu Nora nak kongsikan, cerita perjalanan bina modul, kenapa & bagaimana beliau siapkan modul, serta apa yang beliau dah capai selepas ada Modul sendiri.

“Sebenarnya sudah saya terfikir untuk memiliki modul sendiri.

Digylearn

Sebelum ini sepanjang saya mengajar, saya banyak menggunakan modul-modul sedia ada di pasaran dan modul yang dihasilkan oleh guru-guru ataupun pihak lain.

Jadi saya perlu memahami selok-belok kaedah penyampaian pengajaran dalam modul itu sebelum boleh digunakan dan dipraktikkan.

Jadi saya rasa sudah sampai masanya untuk saya cuba membina modul sendiri dengan menggunakan kaedah sendiri agar pengajaran dapat disampaikan dengan lebih baik, lebih terbuka dan lebih menjiwai.

Namun, saya tidak mahu saya hanya syok sendiri dalam menghasilkan modul, maka perlu ada pihak yang boleh validate akan kebolehgunaan atau keberkesanan sesuatu modul yang saya hasilkan.

Big why saya adalah saya ingin meninggalkan khazanah ataupun manuskrip yang berupa modul yang boleh dimanfaatkan oleh golongan seperti guru-guru, pelajar-pelajar, ibu bapa orang awam dan pihak yang terlibat.

Sebelum saya meninggalkan alam yang fana ini, tinggi harapan saya agar saya dapat menyumbang sesuatu yang bermanfaat untuk Ummah, walaupun ianya mungkin kecil pada pandangan orang lain.

Mungkin dengan sedikit kepakaran yang dimiliki yang diterjemahkan dalam bentuk modul ini, ianya sedikit sebanyak dapat menjadi saham kubur nanti, Amin.

Permulaan saya mengetahui berkenaan dengan LBM ataupun CMN ini atau lebih tepatnya CMN ini kerana ianya bermula dengan saya tengok FB live CMN.

Pada ketika saya di sekolah ketika itu ada FB live CMN. Waktu itu ada Coach Amir jika tak silap dan Sir Raj. Terdetik dalam hati saya untuk teruskan lihat apa yang platform CMN ini kongsikan dan arah perjuangan mereka.

Jadi bermula daripada situlah jadi saya sentiasa follow dan seterusnya boleh tahulah berkenaan dengan program LBM, STPM dan sebagainya.

Memang tak dapat dinafikan, terdapat pelbagai cabaran dalam proses nak menghasilkan modul.

Antara cabarannya ialah dari segi pembahagian masa untuk saya menguruskan keluarga,anak-anak, kerjaya dan dalam masa yang sama saya juga sedang menyambung pengajian. Jadi pembahagian masa sangat perlu diuruskan dengan baik.

Apabila saya stuck ataupun terdapat distraction, saya cuba ingat semula apakah big why saya dalam menghasilkan modul di samping mencuba pelbagai cara tersendiri untuk sentiasa bermotivasi tinggi untuk menghasilkan produk yang terbaik.

Tidak dilupakan, saya minta ibu saya dan ibu mertua saya doakan yang terbaik untuk saya sentiasa.

Kepuasan yang diperolehi apabila saya dapat menghasilkan modul ialah rasa seolah-olah tak sangka boleh pergi sejauh ini.

Saya juga berharap nanti modul saya ini dapat digunakan oleh mereka yang memerlukan seperti golongan guru dan murid-murid.

Sebenarnya saya ada menyertai satu pertandingan inovasi anjuran pusat pengajian di tempat saya sedang menyambung pengajian dengan mengetengahkan modul yang dihasilkan dan Alhamdulillah saya telah berjaya memiliki pingat emas dalam pertandingan inovasi tersebut.

Terdapat banyak skills atau kemahiran yang saya perolehi hasil bimbingan daripada coach dari Team CMN.

Pelbagai skill atau kemahiran yang saya tidak tahu sebelum ini telah dapat saya gunakan sebaiknya untuk menghasilkan modul yang baik hasil bimbingan daripada Coaches dan rakan-rakan.

Saya amat berterima kasih pada coaches dan team serta rakan-rakan yang banyak membantu selama ini.

Saya berharap dengan menghasilkan modul-modul yang berkualiti dapat meningkatkan profesionalisme saya dalam kerjaya dan pengajian saya. Terima kasih Coach.”

Digylearn

Nak miliki modul & pengalaman seperti Cikgu Nora?

Dapatkan ilmu bina modul yang akan dikongsikan oleh seorang coach yang berpengalaman dalam pembinaan modul & baru-baru ini telah berkongsi ilmu modul bersama pegawai-pegawai KPM.

Daftar di Modul Power

Related Articles

Responses

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Boleh kami bantu? :)