Anda Sudah Lama Jadi Pendidik atau Trainer? Upgrade ‘New Skill’ Ini
Saya ingat dulu pertama kali saya menjadi Guru Sandaran di sebuah sekolah, saya tak pernah menerima sebarang training dan tidak pernah mendengar perkataan ‘pedagogi’.
Ketika saya menjadi Pensyarah di sebuah IPT juga, jarang training berkaitan pembelajaran dibuat.
Hinggalah saya ‘explore’ training di luar seperti NLP, Professional Learning Facilitator (PLF) dan membuat networking di kalangan pendidik dan trainer, baru saya lebih faham tentang kaedah Pengajaran dan Pembelajaran untuk ‘upgrade’ skill saya.
Sehinggalah saya melihat bagaimana mereka yang ‘expert’ dalam sesuatu bidang menjadi ‘Outstanding’ dalam bidang mereka.
Ya, rahsia mereka adalah mereka mempunyai teknik, formula atau method yang tersendiri dan ramai memerlukannya untuk mengatasi sesuatu masalah atau mencapai impian.
Dari situ saya sedar bahawa saya perlu yang belajar tentang pembinaan Modul, Online Courses dan Produk Digital serta berkongsi tentangnya walaupun ketika itu saya berada di luar negara.
Saya mampu untuk berkongsi serta menjana pendapatan dari Modul tersebut.
Ini dilema yang dihadapi oleh ramai pendidik…
Jemput tonton kisah Cikgu Isa ini dan subscribe channel kami ye 🙂
Responses