
Bagaimana bermula?
CMN Digylearn merupakan satu hub Pendidikan/Pembelajaran & latihan terkini di bawah CMN Global Consultant Sdn Bhd (SSM: 1102811D)
Ia merangkumi modul pendidikan/pembelajaran & latihan seperti video rakaman program, video, ebook, E-Learning, audio, buku fizikal.
Apa yang menariknya, CMN Digylearn membawa tema pembelajaran yang kreatif & inovatif dan tidak banyak boleh diperolehi di Malaysia.
Sejarah penubuhan CMN Digylearn bermula pada tahun 2016 di mana idea ini tercetus oleh pengasasnya, Coach Mohd Noor semasa beliau menetap sementara di United Kingdom. Teknologi & gaya pembelajaran di United Kingdom dan di luar negara mencetus inspirasi untuk beliau memulakan kerja-kerja pembinaan hub ini. Beliau juga berkesempatan untuk belajar bersama mentor-mentor dari luar negara untuk pembinaan Digital Learning ini.
Pada tahun tersebut, minda rakyat Malaysia kebanyakannya masih lagi belum bersedia untuk menerima gaya pembelajaran sebegini. Walaubagaimanapun, impian yang besar & azam yang kuat menjadi penyebab beliau meneruskan pembinaan Digylearn.
Digylearn bermula dengan hanya beberapa produk ebook & e-learning hasil tulisan Coach Mohd Noor sendiri dan alhamdulillah menerima permintaan yang sangat menggalakkan dari golongan pelajar, Tutor dan Usahawan Pendidikan.
Ada di antara modul-modul tersebut telah menjana 5-6 angka dan masih dijual sehingga sekarang dengan strategi yang telah dikongsikan bersama dengan lebih 100 orang Module Creator. Selain itu, ada juga modul pembelajaran yang telah dibangunkan oleh beliau telah menerima anugerah di peringkat universiti dan telah dijemput untuk berkongsi bersama guru-guru dan pendidik.
Kini, CMN Digylearn berkembang maju dengan ratusan produk digital dan fizikal daripada team CMN Academy serta Tutor Profesional Malaysia dan sentiasa ditambah dari masa ke masa untuk memberikan lebih ilmu dan manfaat kepada ibu bapa, pelajar, pendidik serta usahawan pendidikan.
Dengan Team CMN Partners yang lebih besar juga akan mampu mengembangkan produk-produk pembelajaran kreatif & inovatif ini ke seluruh Malaysia dan ke luar negara insyaAllah.