7 Kemahiran Teknologi yang Perlu Dikuasai di Era Digital

Digylearn

Penguasaan dalam kemahiran teknologi (technology skills) merupakan satu keperluan di era digital yang pesat membangun kini.

Ini antara 7 Kemahiran Teknologi yang Perlu Dikuasai di Era Digital.

#1 Teknologi Kecerdasan Buatan (AI)

Kemahiran Teknologi AI

Teknologi Artificial Intelligence atau AI sedang berkembang pesat di seluruh dunia terutamanya di negara maju. Malaysia sebagai negara yang sedang membangun juga mula menunjukkan peningkatan dalam aplikasi teknologi AI dalam pelbagai bidang.

Memahami konsep asas AI dan peralatan yang digunakan, membuka peluang besar dalam pelbagai industri termasuk teknologi, kesihatan, dan kewangan.

Baca : Kelebihan Buat Modul Guna AI

#2 Web Design and Development

Pengetahuan dan kemahiran mereka bentuk dan mengembangkan web bernilai tinggi. Kemahiran ini dapat membantu membina dan menyelenggara laman web yang menarik dan responsif, yang penting untuk perniagaan online juga pelbagai aktiviti yang dijalankan secara online.

Ianya juga dapat menjamin peluang kerjaya dan mencipta pendapatan lumayan.

#3 Basic Programming

Komputer dan gadget seumpama dengannya mempunya ‘bahasa’ tersendiri. Pengaturcaraan atau kod merupakan bahasa asas yang digunakan.

Dengan menguasai bahasa pengaturcaraan seperti Python, Java, atau C++, amat membantu dalam pembangunan perisian, analisis data dan automasi tugas. Seseorang yang mempunyai ilmu dan kemahiran ini akan dapat memahami logik dan struktur di sebalik aplikasi dan sistem yang kita gunakan setiap hari.

#4 Cyber-Security

Awas Serangan Siber!

Semakin pesat teknologi dibangunkan, semakin banyak juga serangan siber kita dapat lihat.

hacker cyber attack | kemahiran teknologi cyber security

Disebabkan itu, pemahaman tentang keselamatan digital menjadi semakin penting. Ini termasuklah pengetahuan dalam perlindungan data peribadi dan organisasi daripada ancaman malware, phishing, dan hacking.

Bagi melindungi maklumat sensitif ini, penguasaan konsep asas serta kemahiran teknologi keselamatan siber dan alat-alat seperti firewall, antivirus, dan enkripsi adalah sangat penting.

Baca : 5 Soft Skills Needed In Cyber-Security

#5 Digital Marketing

Dalam era digital yang semakin pesat, pengetahuan tentang pemasaran digital adalah kemahiran yang sangat diperlukan.

Pengetahuan tentang SEO (Search Engine Optimization), SEM (Search Engine Marketing), media sosial, pemasaran e-mel, dan analitik web sangat membantu banyak syarikat serta individu menarik dan berinteraksi dengan pelanggan dalam talian, meningkatkan jenama dan jualan mereka.

#6 Data Management and Analysis

Data merupakan aset paling berharga dalam dunia digital. Kemahiran mengurus dan menganalisis serta mentafsir data amat penting dalam pelbagai bidang terutamanya perniagaan, pemasaran, dan sains data.

#7 Kemahiran Video dan Multimedia

Kita dapat lihat fenomena peningkatan populariti kandungan video yang semakin tinggi. Ini menjadikan kemahiran teknologi penghasilan video dan multimedia sangat penting.

Ini termasuk pengetahuan tentang penyuntingan video, animasi, dan produksi audio menggunakan pelbagai alat dan aplikasi. Kemahiran ini sangat diperlukan untuk pemasaran, pendidikan, dan hiburan.

Anda ingin tambah ilmu dan kemahiran teknologi AI dan Digital Learning?

Jom KUASAI MASA DEPAN ANDA DENGAN MICRO CREDENTIAL IT (AI & Digital Learning)!

Klik Disini untuk info lanjut.

Related Articles

Responses

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Boleh kami bantu? :)