7 Cara Bagaimana Bantu Anak Masuk Sekolah SBP & SMKA Tingkatan 1
Panduan Bantu Anak Masuk Sekolah Terpilih.
“Saya nak sangat anak dapat masuk SBP, tapi tak tahu macam mana nak tolong dia…”
Begitulah luahan sesetengah ibu bapa yang amat inginkan anaknya berjaya melalui Pendidikan di sekolah-sekolah terpilih seperti Sekolah Berasrama Penuh SBP, Sekolah Menengah Agama SMA atau SMKA dan lain lagi.
Jadi, bagaimana nak bantu anak anda dapat masuk sekolah terpilih ni?
Ini antara langkah-langkah yang anda boleh ikuti:
1- Kenal Pasti Pilihan Sekolah
Paling utama, bincang terlebih dahulu dengan anak anda untuk mengetahui pilihan sekolah yang diingini. Pastikan pilihan ini sesuai dengan minat, bakat, dan kehendak anak anda.
2- Kumpulkan Maklumat
Cari maklumat tentang syarat kemasukan, tarikh pendaftaran, dan proses pemilihan sekolah, dengan melayari laman web sekolah, berhubung dengan pihak sekolah, atau mendapatkan brosur maklumat.
3- Permohonan & Persediaan PKSK
Pastikan anda bantu anak membuat permohonan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan menyediakan diri mereka untuk menghadapi ujian/pentaksiran ini.
Nak bantuan dalam persediaan menghadapi PKSK?
Modul ‘GERAK GEMPUR SIMULASI PKSK 2023’
https://www.digylearn.com/simulasipksk
4- Sokongan Akademik
Bantu anak anda untuk mencapai prestasi akademik yang cemerlang. Ini termasuklah memberi sokongan dalam pelajaran sama ada di sekolah atau di rumah terutamanya, dan membantu mereka bersedia untuk ujian atau temuduga yang mungkin diperlukan.
5- Latihan Temuduga
Sekiranya ada temuduga diperlukan, berikan latihan temuduga kepada anak anda. Latihan ini akan membantu mereka lebih bersedia dan meningkatkan keyakinan diri.
6- Point Tambahan
Sekiranya anak anda mempunyai bakat atau minat tertentu seperti seni, sukan, atau aktiviti ekstrakurikulum, berikan galakan kepada mereka untuk menyertai program-program tersebut kerana ada ‘point’ tambahan yang dapat bantu pemilihan anak anda ke sekolah terpilih.
7- Pertimbangkan Kriteria Pelajar
Pastikan anak anda memenuhi kriteria pelajar yang dikehendaki oleh sekolah terpilih. Ini mungkin termasuk cemerlang dalam bidang tertentu atau mematuhi peraturan sekolah.
Semoga bermanfaat 😊
Responses