Ibu bapa…
Anda nak anak anda mendapatkan pembelajaran tambahan yang dekat dengan rumah & komuniti anda dengan yuran berpatutan?
Seronok betul tengok anak-anak ‘enjoy’ belajar kan…
Dah ada rancangan ke untuk persediaan pembelajaran mereka 2023 yang mencabar ni?
Kami nak ajak anak anda sertai Projek Tuisyen Komuniti yang dapat bantu anak anda belajar lebih seronok & semangat!
Apa itu Projek Tuisyen Komuniti PTK?
Khas buat anak-anak Komuniti Kajang
Kami bawakan
Apa yang ISTIMEWA dalam Projek Tuisyen Komuniti ni?
Pengukuhan Asas
Asas yang kukuh penting untuk bina kefahaman & kuasai sesuatu subjek.
Interaktif
Komunikasi 2-Hala semasa sesi pembelajaran amat penting untuk pemahaman pelajar
Pembelajaran Seronok
Keseronokan belajar dengan aktiviti santai ‘hands-on’ yang disediakan dalam kelas
Modul
Bahan pembelajaran yang dapat bantu memudahkan pelajar untuk belajar & ulangkaji pada bila masa sahaja.
Kenapa kena join Tuisyen ni?
Tuisyen Komuniti dapat bantu anak anda…
+ Belajar dengan bimbingan dari guru/tutor berpengalaman
+ Lebih seronok & ‘enjoy’ belajar dengan aktiviti menarik
+ Dapat kenalan baru yang berkongsi minat belajar & dapat semangat belajar bersama
+ Bilik kelas yang selesa
+ Manfaatkan masa yang terluang
+ Lebih cemerlang & bersedia dalam pelajaran
+ Ulangkaji pelajaran atau asas yang ‘tertinggal’
Anda ada kerisauan kewangan untuk beri anak join Projek Tuisyen Komuniti
Jangan bimbang…
Yuran yang akan dikenakan adalah sangat minimum.
Tuisyen komuniti dibangunkan untuk Mesra pelajar.
Cikgu CT Hajar
Cikgu Siti Hajar binti Kamaruzaman
Akademik:
Diploma Sains Kuantitatif
Ijazah Sarjana (Kepujian) Matematik Pengurusan
Sarjana Matematik Gunaan
Cikgu Siti Hajar merupakan tutor matematik sejak Januari 2017. Memulakan kerjaya dalam bidang tutor sebaik sahaja tamat pengajian sebagai pelajar praktikal di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Kerjaya sebagai tutor bermula dengan bekerja bersama Afdhal Home Tuition & Afdhal Learning di sekitar Seremban.Selepas menyambung pengajian sebagai pelajar sarjana di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Cikgu Hajar masih meneruskan usaha menyampaikan ilmu dirumah anak-anak yatim di Seremban sebagai guru volunteer Matematik.
Dengan azam dan minat yang mendalam untuk membantu dan menyampaikan ilmu, beliau menjadi home tutor disekitar Shah Alam, Puchong, Cyberjaya, Cheras dan Ampang. Pada tahun 2019 beliau bekerja sebagai guru tuition Matematik di Pusat Tuition Faiza Jaya Semenyih 2. Kini beliau juga menyampaikan ilmu secara online dirumah melalui zoom.
Selain itu, beliau juga merupakan tutor yang berpengalaman dalam pengajaran secara online, juga telah menghasilkan video-video tutorial pembelajaran selama lebih 5 tahun serta merupakan salah seorang itutor di bawah syarikat penerbitan buku yang terkenal iaitu Sasbadi. Pernah bekerjasama dengan beberapa sekolah dalam membantu pelajar meningkatkan prestasi pembelajaran melalui program motivasi dan kelas tambahan dalam pemantauan prestasi pelajar. Antaranya SK Puncak Perdana, Shah Alam, SK Datin Khadijah, Kuala Kangsar dan SK Pos Bersih, Slim River.
Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang pendidikan, Beliau telah menyertai beberapa pertandingan dalam inovasi pendidikan. Antaranya telah berjaya memenangi pertandingan intervensi dan inovasi peringkat kebangsaan dan antarabangsa; Anugerah Emas dan Perak peringkat kebangsaan di Nicetech2019 anjuran IPG Johor Bahru dan merangkul Anugerah Emas dengan Anugerah Khas Juri peringkat antarabangsa di iVEDIIC2020 anjuran UiTM.
Hanya RM50
Subjek Sains & Matematik (2 jam seminggu)
Untuk Pendaftaran & Pertanyaan
CMN Academy mempunyai rekod mengajar, membimbing, memantau dan membentuk para pelajar agar berkemampuan untuk meningkatkan prestasi dan minat yang mendalam bagi subjek-subjek akademik.
Bermula dengan Pusat tuisyen dan Home Tuition, kini CMN Academy telah menjadi pemain utama dalam industri pendidikan alternatif dalam bidang pembelajaran secara online yang turut memiliki pendidik dan pelajar di seluruh Malaysia.
Visi kami adalah untuk memberikan perkhidmatan pendidikan secara kreatif dan inovatif yang seiring dengan perkembangan teknologi terkini.
Dalam masa juga CMN mengadakan inisiatif untuk membantu pelajar-pelajar asnaf, anak yatim serta bekerjasama dengan pihak komuniti, surau, masjid dan sekolah-sekolah.
Anugerah dan pencapaian:-
+ Pingat Emas Inovasi UKM Bahasa Arab 2018
+ Pingat Perak ‘Teachers’ Innovation Carnival UIA (T-NOVATE) 2018
+ Pingat Perak EDUINNOVATION UKM 2018
+ Pingat Perak Computational Thinking Games Design Competition 2018
+ Pingat Perak KNOVASI UKM 2021