HAFAZAN TEKNIK 5 JARI

Azizol Haji Kasnan · February 6, 2022

Anda sudah lama mencari TEKNIK Hafalan Al Quran Bermodul Yang Seronok untuk Menarik , tapi masih tercari-cari hingga sekarang..?

Adakah anda mahu anak-anak anda menghafaz Al Quran dari usia seawal 7 tahun?

Adakah anda ingin tahu teknik hafalan yang terbukti berkesan dan boleh bertahan lama di ingatan?

Adakah anda teringin untuk mencari kelas hafalan separuh masa untuk anak-anak anda yang lengkap dengan modul, guru berpengalaman serta bersistem?

Memperkenalkan Modul Siri Hafazan 
Smart Al Fateh Juzuk 30

Modul ini bakal membantu anda untuk lebih yakin dengan hafalan seterusnya dapat menyimpan hafalan ayat-ayat alquran dengan lebih lama dan tidak mudah lupa InsyaAllah dengan Elemen Pembelajaran seperti berikut :-

KAEDAH 5 JARI
Kaedah 5 Jari adalah merupakan kaedah Visualisasi susunan maklumat-maklumat bagi setiap perkara yang di hafaz selari dengan pendekatan fungsi otak menyimpan dan memproses dan mengeluarkan maklumat yg di hafaz

GUNDALAN ANGKA 5
Angka 5 adalah merupakan angka ganjil untuk proses pengecaman, penghafalan, pemantapan dan pengukuhan hafalan ayat Alquran. Berdasarkan kesesuaian masa untuk sesi kelas dijalankan selama tempoh 1 – 2 jam beserta pengulangan Hafalan mampu dicapai. Sangat sesuai utk mereka yang baru bermula atau ingin mencuba. Cth Surah An Naba’ 40 ayat mampu di hafaz dalam 8 sesi kelas dengan 5 ayat persesi.

RODA HAFALAN
Direka bagi mengawal proses Hafalan dengan Bersistematik dan Berstruktur. 5 langkah Hafalan mudah bermula hafalan carta jari, hafalan ayat, semakan bacaan dan hafalan sehingga pengulangan hafalan dalam solat 5 waktu. Ianya juga dapat membantu guru belajar dan mengajar secara disiplin selari dengan Objektif setiap sesi kelas yang ingin dicapai.

PENGULANGAN HAFALAN SOLAT 5 WAKTU
Kewajiban solat dan tanggungjawab menjaga hafalan perlu selari utk tempoh jangkamasa pendek mahupun panjang. Kefahaman tentang ilmu wajib beramal dengan Al-Quran akan terzahir dan dapat membentuk syakhsiyyah para penghafaz.

SIJIL PENGESAHAN HAFALAN
Penguasaan hafalan perlu kepada motivasi, sokongan dan dorongan dari semua pihak samada para penghafaz, guru mahupun masyarakat. Pengesahan setiap hafalan oleh para guru akan meliputi setiap proses roda hafalan bewarna yang ditandakan sebagai bukti kesungguhan dan ketelusan.

Antara peserta yang sedang mengikuti program hafazan kami..

Bagaimana program siri hafazan ini dapat membantu anda?

Teknik Pengajaran Hafazan Smart Al Fateh Modul Hafazan Smart Al Fateh ini menerapkan pembelajaran hafazan secara mudah mengikut tahap dan kemampuan pelajar. Bermula dengan proses semakan bacaan sehingga hafalan ayat bersama-sama guru. Selain itu, teknik gundalan angka 5 menggunakan jari memudahkan proses hafalan ayat secara sistematik dan berdisiplin. Sebagai latihan pengulangan yang baik pula, teknik pengulangan hafalan solat 5 waktu perlu digunakan secara konsisten bagi menjamin hafalan jangkamasa pendek dan panjang.

Selain itu program hafazan ini juga dapat membina beberapa kemahiran seperti:-

  1. Keupayaan membaca Al Quran secara bertajwid
  2. Kemahiran menguasai perkaitan isi kandungan penting setiap setiap surah secara holistik iaitu kedudukan surah dari segi juzuk, bilangan ayat, penurunan surah, asbabun nuzul, pengajaran ayat dan juga isi penting.
  3. Kemampuan membaca dan menghafaz ayat Al Quran.
  4. Kemahiran mengingat turutan ayat dan surah.
  5. Kemampuan mengulang bacaan dalam solat .

Kenali penyusun modul program siri hafazan smart al fateh

Digylearn
       Ustaz Azizol bin Haji Kasnan dilahirkan dilahirkan pada 25 April 1985 di Kampung Bagan Lalang, Hutan Melintang, Perak Darul Ridzuan. Beliau berkelulusan dalam bidang Kejuruteraan Awam pengkhususan Geometic Survey yang kemudiannya menambah ilmu pengetahuan dalam bidang Al-Quran dengan mengikuti Kursus, Bengkel, Seminar pengajian pendidikan Al-Quran dan mengikuti pengajian sanad bacaan Al-Quran  Riwayah Hafs ‘An ‘Asim Min Thoriq Asy-Syatibiyyah” bersama Fadhilatus Syeikh Redha ‘Ali Darwish ‘Ali Al-‘Ilwani.

       Berpengalaman sebagai guru dan pengusaha pusat pengajian  Al Quran selama 7 tahun, telah membentuk diri beliau untuk terus berkhidmat menghasilkan inovasi pendidikan Al-Quran bersama pasukan demi membantu masyarakat mahir membaca Al-Quran dengan kaedah yang sistematik dan berkesan.

Profil

Mengikuti Kursus Perguruan Asas Al Quran

Mengikuti Kursus Perguruan Asas Hafazan

Mengikuti Bengkel Perguruan Asas Tajwid

Mengikuti Bengkel Perguruan Asas Talaqqi

Graduan Sijil Asas Perguruan Al-Quran (Ulum Quran, Qiraat, Tarannum, Dabtul Quran dan Rasm Uthmani, serta Ilmu Tajwid)

Graduan Sanad Al-Quran 30 juzuk daripada Sheikh Redha Ali Darwish Al’Ilwani dalam Riwayat “HAFS AN ‘ASIM” dalam Thoriq Shatibiyyah.

Pengarang 3 Modul Kemahiran Pembacaan Al Quran Smart Al Fateh iaitu Asas Al Quran 01, Asas Al Quran 02 dan Asas Tajwid

Video Hafalan Pelajar

Siapa yang sesuai untuk dapatkan modul ini beserta kelas, dan program yang disediakan ?

Guru-guru yang mencari kaedah atau teknik yang mudah dan berkesan untuk pelajar-pelajar dalam matapelajaran hafazan

Ibu Bapa yang bercita-cita tinggi untuk mendidik anak-anak menghafaz alquran dari seawal usia 7 tahun

Para trainer hafazan yang ingin mengadakan program hafazan pada para peserta sebagai slot program dan sebagainya

Bagaimana untuk mendapatkan modul serta mengikuti program ini?

Dapatkan melalui platform di Digylearn ataupun hubungi kami di www.wasap.my/60135843857/modulhafazan dengan harga mampu milik beserta group support telegram yang disediakan

Ada sebarang pertanyaan atau masalah?

About Instructor

Azizol Haji Kasnan

Ustaz Azizol b Haji Kasnan Pengarah Urusan Easy Ngaji Diploma Geometic Survey Politeknik Ungku Omar,Ipoh. Mengikuti Kursus Perguruan Asas Al Quran Mengikuti Kursus Perguruan Asas Hafazan Mengikuti Bengkel Perguruan Asas Tajwid Mengikuti Bengkel Perguruan Asas Talaqqi Graduan Sijil Asas Perguruan Al-Quran (Ulum Quran, Qiraat, Tarannum, Dabtul Quran dan Rasm Uthmani, serta Ilmu Tajwid) Graduan Sanad Al-Quran 30 juzuk daripada Sheikh Redha Ali Darwish Al’Ilwani dalam Riwayat “HAFS AN ‘ASIM” dalam Thoriq Shatibiyyah.

8 Courses

Not Enrolled
RM35.00

E-learning Includes

  • 8 Lessons
× Boleh kami bantu? :)