Adakah Anda Masalah Berikut Ketika Belajar Tajwid
Pening Dengan Istilah-istilah Arab dalam Tajwid
Susah Nak Ingat Penerangan Tajwid Yang Panjang Lebar
Tak Pasti Hukum Tajwid Yang Mana Satu Penting Dipelajari Terlebih Dahulu
Tak Tahu Nak “Explain” Hukum Tajwid Pada Keluarga, Kawan-kawan dan Anak Sendiri.
Jika Anda ingin dibantu untuk menguasai Asas Tajwid Dengan Mudah..Anda perlu terus baca penerangan di bawah..
Buku Asas Tajwid Smart Al Fateh Jilid 3 merupakan siri pelengkap kepada Buku Asas Smart Al Fateh Jilid 1 dan 2. Mengandungi 12 bab pembelajaran yang menekankan prinsip asas dan amali dalam pembelajaran dan pengajaran tajwid Al Quran.
Kemampuan seseorang menguasai ilmu tajwid dan asas bacaan banyak bergantung kepada bagaimana seseorang itu menguasai :-
- MAKHRAJ-MAKHRAJ huruf iaitu tempat keluarnya huruf-huruf hijaiyyah di dalam struktur asas bacaan;
- Menguasai TEKNIK BACAAN DAN CARA BACAAN apabila bertemu dengan huruf-huruf yang lain di dalam ayat Al Quran seperti Nun, Mim dan sebagainya.
- KEUPAYAAN MENGUASAI tanda bacaan waqaf iaitu cara berhenti dan menyambung bacaan.
- KEMAHIRAN MENGUASAI kepelbagaian bacaan seperti bacaan tanwin bertemu sukun.
Buku Asas Tajwid Smart Al Fateh menumpukan kepada pengenalan asas bacaan dan asaa hukum tajwid secara ringkas dan mudah dengan menjauhkan pelajar daripada menghafal teori tajwid yang agak kompleks. Pendekatan ini diharapkan dapat memberikan kesan yang lebih baik kepada seseorang yang ingin menguasai asas tajwid Al Quran dalam tempoh yang singkat.
Pendekatan asas yang digunakan didalam buku ini, adalah tajwid amali bagi setiap bacaan dan hukum tajwid dengan susunan pembelajaran yang ringkas, penumpuan kepada hukum asas serta ilustrasi yang menarik bagi memudahkan pelajar memahami sesuatu bacaan dan hukum dengan lebih jelas.
Biodata Penyusun
Ustaz Azizol bin Haji Kasnan dilahirkan dilahirkan pada 25 April 1985 di Kampung Bagan Lalang, Hutan Melintang, Perak Darul Ridzuan.
Beliau berkelulusan dalam bidang Kejuruteraan Awam pengkhususan Geometic Survey yang kemudiannya menambah ilmu pengetahuan dalam bidang Al-Quran dengan mengikuti Kursus, Bengkel, Seminar pengajian pendidikan Al-Quran dan mengikuti pengajian sanad bacaan Al-Quran Riwayah Hafs ‘An ‘Asim Min Thoriq Asy-Syatibiyyah” bersama Fadhilatus Syeikh Redha ‘Ali Darwish ‘Ali Al-‘Ilwani.
Berpengalaman sebagai guru dan pengusaha pusat pengajian Al Quran selama 7 tahun, telah membentuk diri beliau untuk terus berkhidmat menghasilkan inovasi pendidikan Al-Quran bersama pasukan demi membantu masyarakat mahir membaca Al-Quran dengan kaedah yang sistematik dan berkesan
ISI KANDUNGAN MODUL
Pengertian Tajwid
Hukum Mempelajari Tajwid
Matlamat Mempelajari Tajwid
Nama-nama Huruf Hijaiyyah
Struktur Asas Makhraj Huruf
Bacaan Alif lam Qomariyah
Bacaan Alif Lam Syamsiyyah
Bacaan Nun Sukun dan Tanwin
Bacaan Izhar Halqi
Bacaan Idgham Bi Ghunnah
Bacaan Idgham Bila Ghunnah
Bacaan Iqlab
Bacaan Ikhfa’ haqiqi
Bacaan Mim Mati
Bacaan Idgham Mithlaini
Bacaan Ikhfa’ Syafawi
Bacaan Izhar Syafawi
Bacaan Mad
Bacaan Mad Asli
Bacaan Mad Badal
Bacaan Mad Wajib Muttasil
Bacaan Mad Jaiz Munfassil
Bacaan Mad Aridh Lissukun
Bacaan Mad Lin
Bacaan Mad Iwadh
Bacaan Mad Silah Qasirah
Bacaan Mad Silah Thowilah
Bacaan Mad Lazim Harfi Muthaqqol
Bacaan Mad Lazim Harfi Mukhaffaf
Bacaan Mad Lazim Kalimi Muthaqqol
Bacaan Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf
Bacaan Mad Farqi
Bacaan Huruf Muqatta’ah
Bacaan Tanda Waqof
Bacaan Lafzul Jalalah
Bacaan Iltiqo’ Sakinain
Dapatkan Segera Untuk Kami Bantu Anda Dapat Membaca Al Quran Dengan Tajwid Yang Betul dan Tepat..