ADAKAH ANDA MENGALAMI MASALAH SEPERTI BERIKUT???
Dah belajar TAJWID banyak kali tapi masih susah nak hafal HUKUM TAJWID menyebabkan bacaan tersangkut-sangkut
TAJWID dah belajar TAPI bila baca Al-Quran terus tak ingat langsung satu pun hukum tajwid
Masih lagi TAK TAHU cara bacaan sebab masih keliru dengan NAMA HUKUM TAJWID
Masih lagi tak jumpa TEKNIK BELAJAR YANG BERKESAN dalam pelajari TAJWID
JOM SAYA BANTU ANDA…
MODUL ADVANCE MY TAJWID ini dibina khas bagi membantu orang ramai dalam mempelajari tajwid dengan mudah. Pendekatan dengan teknik yang mudah membolehkan peserta mahir membaca Al-Quran dengan lebih baik.
Di sini para peserta akan didedahkan dengan formula-formula yang mudah dan berkesan serta diaplikasi secara langsung. Rasai pengalaman yang BERBEZA dalam MEMPELAJARI TAJWID yang bakal membantu anda dalam mahir membaca Al-Quran.
SIAPAKAH YANG PATUT DAPATKAN MODUL INI?
- Anda yang nak belajar tips mudah untuk membaca Al-Quran dan mampu untuk membaca Al-Quran.
- Anda yang nak tahu teknik mudah dalam pelajari tajwid dan ingin memperbaiki pembelajaran yang lepas.
- Anda yang nak dekatkan diri dengan Al-Quran dan mahu lebih banyak membaca Al-Quran.
- Anda yang hampir give up membaca Al-Quran sebab susah sangat nak faham hukum tajwid.
- Anda yang blur bila jumpa ayat-ayat yang unik dalam Al-Quran
- Anda yang sentiasa nak topup ilmu dalam pembelajaran Al-Quran
KENALI SAYA…
USTAZ ABDUL HADI TAJUL
Pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Perpaduan, kemudian peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Madrasah Idirisiah dan menyambung pengajian tinggi di Universiti Sultan Azlan Shah dalam bidang syariah (pengajian islam) . Seterusnya beliau meneruskan pengajian Bahasa Arab di Pusat Pengajian “Markaz Lughat” Kaherah Mesir .
Berkhidmat di Easy Ngaji Ipoh sebagai Eksekutif Akademik d Sepanjang perkhidmatan beliau di sini, beliau telah mengikuti pelbagai Program, Seminar, Bengkel dan Kursus berkaitan Ilmu Al Quran
Mendapat pengiktirafan Sijil Perguruan Al-Quran dalam bidang Ulum Quran, Qiraat, Tarannum, Dabtul Quran dan Rasm Uthmani, dan Ilmu Tajwid.
Memiliki Sanad Al-Quran 30 juzuk daripada Sheikh Hassan Rejab, Egypt Mesir dalam Riwayat “HAFS AN ‘ASIM” dalam Thoriq Shatibiyyah.