7 Tip Bina E-learning Anda Sendiri
Anda ingin membina e-learning atau online course yang boleh dijual?
E-learning atau lebih spesifiknya Online course melibatkan satu set langkah khusus untuk memastikan kandungan anda tersusun dengan baik, menarik dan berkesan untuk memberikan impak kepada audien anda.
Berikut ialah panduan langkah demi langkah tentang cara membuat e-learning anda sendiri.
Tip 1: Bina Masterpiece Berdasarkan Kepakaran atau Minat Anda
Tentukan Topik Kursus dan target audience anda
Pilih topik atau perkara khusus yang berkaaitan dengan Masterpiece anda iaitu: Pengalaman, Passion, Talent dan Apa yang diperlukan.
Kenal pasti target sasaran anda dan keperluan pembelajaran mereka.
Tetapkan Objektif Pembelajaran yang Jelas.
Tentukan apa yang anda mahu pelajar anda capai dan ‘transform’ dengan course tersebut.
Tentukan hasil pembelajaran yang spesifik, boleh diukur dan boleh dicapai.
Pecahkan course anda kepada modul atau pelajaran.
Susun kandungan secara teratur untuk membimbing audien anda dengan sistematik.
Tip 2: Vaksin Modul Power
‘Vaksin’ adalah persediaan awal sebelum membina kandungan e-learning anda iaitu dengan:
- Tajuk yang menarik
- Objektif modul
- Target audien
- Jenis kandungan
- Tools yang ingin digunakan
Tip 3: Book Shop Test
Bagaimana anda ingin menjadikan e-learning anda menjadi pilihan audien anda?
Tentulah ia disebabkan oleh tajuk yang ‘catchy’, ecover yang sesuai dan menarik serta impaknya yang dapat membantu audien anda mencapai apa yang mereka inginkan.
Testimoni serta ‘success stories’ juga akan membantu orang memilih serta mendapatkan e-learning anda.
Tip 4: Content Creation System
Membangunkan bahan kursus dan elemen interaktif dengan memastikan kandungan tersebut sejajar dengan objektif pembelajaran anda.
Selain itu, platform mudah dinavigasi, menarik secara visual dan responsif kepada device yang berbeza.
Menggabungkan elemen interaktif multimedia seperti video, animasi, audio atau file SCORM (Sharable Content Object Reference Model) untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran.
Untuk meningkatkan penglibatan, sertakan kuiz, tugasan serta elemen gamification untuk meningkatkan ‘level of dopamine’
Bonus: buat penilaian dan kuiz untuk menilai pemahaman serta impak course tersebut kepada mereka.
Tip 5: Special Package
Jika anda bercadang untuk mengenakan bayaran untuk kursus anda, sediakan gerbang pembayaran atau model langganan.
Nampakkan dengan jelas ‘value’ serta pilihan pakej dan kaedah pembayaran kepada bakal prospek anda.
Tip 6: Online Course
Pilih platform ‘Learning Management System’ (LMS) yang anda ingin digunakan.
Pilihan popular termasuk Moodle, Canvas, Teachable atau Digylearn. Daftar secara percuma di sini.
Pertimbangkan untuk menyediakan ‘support group’ untuk mereka berinteraksi dan bertanya soalan. Ini memberikan nilai tambah kepada e-learning anda.
Tip 7: Flywheel Marketing
Adalah penting untuk memasarkan online course anda secara berterusan untuk mencapai audien yang lebih luas.
Anda juga boleh membina content (seperti blog, webinar) untuk menjadikan diri anda sebagai pakar dalam bidang tersebut.
Tetapkan tarikh pelancaran untuk audien anda menantikan online course anda.
Promosikan kursus anda melalui saluran pemasaran seperti e-mel, media sosial dan salespage anda.
Galakkan pelajar untuk memberikan maklum balas tentang kandungan dan struktur kursus dan gunakan maklum balas pelajar untuk membuat penambahbaikan dan kemas kini.
Gunakan analisis yang disediakan oleh LMS anda untuk menjejak kemajuan dan penglibatan pelajar.
Menganalisis data untuk menilai keberkesanan elearning dan membuat penambahbaikan berasaskan data.
Membina online course mahupun e-learning anda sendiri merupakan proses berterusan yang memerlukan dedikasi dan komitmen. Namun, kelebihannya adalah anda perlu buat sekali sahaja dan ia memberikan pendapatan berterusan selagi ia diperlukan oleh audien atau prospek anda.
Ingin membina e-learning atau online course yang ‘high impact’ dan boleh dijual?
Info di: Buat E-learning dan Online Course yang boleh dijual
Responses