5 Tip ‘Knowledge Retention’ Dalam Era Digital

Digylearn

Knowledge Retention menjadi satu cabaran besar pada masa kini disebabkan teknologi.

Era digital merupakan era dimana segalanya berjalan lebih pantas dan memerlukan pengetahuan yang tinggi.

Pembelajaran juga berlaku lebih pantas dan mudah, cumanya kita kena tahu ‘How to Retain the Knowledge‘ supaya ilmu itu dapat digunakan nanti.

Pembelajaran Bermakna atau Deep Learning adalah bukan tentang berapa banyak kita belajar…

Tapi berapa banyak kita ingat dan praktis.

Bagi mengekalkan ilmu/pengetahuan kita dalam minda, ada beberapa teknik yang boleh digunapakai.

Ini 5 Tips For Knowledge Retention yang boleh diaplikasikan!

Anda boleh aplikasikan semua atau beberapa mengikut kesesuaian terhadap diri anda.

#1 Spaced Learning

Spaced Learning ni adalah kita bagi masa kepada minda kita untuk hadam sesuatu yang baru dipelajari.

Bagaimana Spaced Learning boleh bantu untuk dalam knowledge retention?

Sesi pembelajaran yang tak berkumpul atau berhimpit dalam sesuatu waktu atau kata lain ada sela masa antara sesi pembelajaran membolehkan minda memproses dan menyimpan ilmu pengetahuan yang dipelajari dalam tempoh sela masa tersebut.

Ia mengurangkan beban minda bila mana waktu pembelajaran terlalu sendat.

#2 Micro Learning

Micro Learning bermaksud pembelajaran dalam kuantiti atau skala sedikit tapi dalam jangka masa panjang.

Belajar cara sikit-sikit ni lebih berkesan dari belajar pulun terus laju-laju sebab nak habis dalam jangka masa pendek.

Orang kata ‘sikit-sikit, lama-lama jadi bukit’, biasa kita guna dalam konsep menabung, tapi ia boleh juga diguna dalam situasi pembelajaran.

Baca : Tip Fokus Ketika Belajar

#3 Collaborative Learning

Sharing is Caring‘ setuju?

Melalui Collaborative Learning, pembelajaran dilakukan bersama-sama rakan.

Ini dapat bantu untuk lebih mudah kita kongsi kelebihan dan top up kekurangan satu sama lain.

Orang kata give and take.

Belajar bersama juga boleh memberikan mood belajar lebih seronok.

Semua ini dapat tingkatkan penyimpanan pengetahuan dalam minda kita.

#4 Engaging Interactive Learning

Knowledge Retention juga boleh dicapai dengan Engaging Interactive Learning.

Teknik pembelajaran ini dapat mengaktifkan dopamine dalam otak, menjadikan pembelajaran lebih seronok, tak bosan dan tak rasa stress.

Teknik ini merangkumi penglibatan aktif pelajar dengan memanfaatkan penglibatan pelbagai deria, mengajar penyelesaian masalah serta memupuk interaksi sosial dan kerjasama.

Ia juga boleh digabung dengan gamifikasi bagi mencipta momen belajar yang lebih dinamik dan menarik.

Bila pembelajaran jadi lebih seronok, minda dapat menyimpan memori pengetahuan / ilmu tersebut lebih lama dan mudah.

#5 Teaching Others

teach others | knowledge retention

Antara teknik pembelajaran yang efektif bantu kita ingat sesuatu ilmu, bila mana kita cuba untuk bantu kawan yang lain faham, automatik kita akan lebih faham.

The more we give, the more we get.

Seronoknya bila kita dapat bantu rakan faham sesuatu pelajaran kan.

Sama-sama dapat tambahkan kefahaman dan knowledge retention.

Baca : 5 Sebab Kenapa Perlu Buat Online Course?

Semua teknik di atas lebih berkesan bila diselitkan sekali dengan ‘emotional attachment’.

Ini kerana dalam otak kita ada satu bahagian iaitu ‘amygdala’ yang mana boleh bantu kukuhkan memori kita.

Semoga tip yang dikongsikan ini bermanfaat untuk anda aplikasikan bagi mencapai Knowledge Retention.

Related Articles

Responses

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Boleh kami bantu? :)