5 Sebab Kenapa Perlu Buat Online Course?
Zaman kini, teknologi berkembang dengan pesat. Begitu juga pembelajaran, perlu diolah sesuai waktu. Online Course merupakan salah satu method pembelajaran yang seiring zaman. Pembelajaran bukan saja boleh disampaikan untuk pelajar sekolah, tapi juga ilmu dan kemahiran untuk pelbagai lapisan umur.
Tapi kenapa perlu buat Online Course? Apa kelebihannya berbanding Offline Course? Kedua-duanya ada kelebihan masing-masing. Jadi kami ingin berkongsi kelebihan buat Online Course ini untuk anda buat keputusan mana satu anda nak buat dulu.
Ini 5 Sebab Kenapa Perlu Buat Online Course
#1 Capaian Meluas
Bila kita nak sebarkan ilmu atau kemahiran yang kita ada, pastinya kita berharap untuk dapat disebarkan seluas mungkin. Jika boleh, kita nak go global, semua orang yang perlukan dapat akses. Kita nak seramai yang mungkin dapat ilmu atau kemahiran yang kita kongsikan.
Dengan membina course secara online, ilmu dan kemahiran anda dapat diakses oleh mereka yang bukan saja berada di dalam negara, malah yang berada di mana saja boleh akses. Capaian yang lebih meluas tanpa sempadan melalui jaringan internet/web dapat membantu anda merealisasikan harapan anda.
#2 Kos Rendah
Bagi yang baru nak mula, pasti fikir banyak kali berkaitan kos yang perlu dikeluarkan. Dalam pembinaan Online Course, kita hanya perlukan kos yang rendah. Ada beberapa kos yang perlu dikeluarkan antaranya platform yang kita nak letakkan course kita, design dan penulisan. Tapi kos ini boleh jadi sangat murah atau zero jika kita pandai menulis dan buat design sendiri.
Jadi tak perlu risau untuk mula bina Online Course anda sendiri kerana ia tak memerlukan modal yang besar. Modal yang paling besar yang perlu anda keluarkan adalah ilmu atau kemahiran yang anda nak share kepada orang ramai.
#3 24/7
Salah satu kelebihan buat Online Course ni adalah ia boleh diakses pada bila-bila masa. 24 jam, 7 hari tanpa rehat. Ada orang nak belajar waktu siang, tapi ada yang hanya ada masa di tengah malam untuk study. Kursus secara online dapat beri pelanggan atau pelajar anda belajar mengikut masa mereka tanpa perlu kejutkan anda dari tidur yang lena.
Jika anda apa pelajar atau pelanggan dari luar negara, kursus secara dalam talian ini dapat membantu mereka untuk akses dengan mudah pada bila-bila masa tanpa sempadan waktu. Seronok bukan?
#4 Jana Pendapatan
Ini paling best! Ramai yang ingin tambah pendapatan diri dan keluarga. Ye la, zaman kini ramai yang perlukan income tambahan. Perbelanjaan makin meningkat disebabkan desakan harga barang yang makin naik.
Ini adalah berita baik untuk anda! Tahukah anda, dengan membina course dalam talian sendiri, anda akan dapat jana pendapatan hasil dari jualan course tersebut. Walaupun anda hanya buat satu atau dua Online Course, anda boleh jana pendapatan ratusan malah ribuan ringgit jika kena caranya.
Bagaimana Bina ‘Online Course’ Yang Boleh Dijual?
#5 Inovasi
Salah satu sebab kenapa perlu buat Online Course adalah anda boleh ‘bermain’ dengan kreativiti dan membuat kepelbagaian inovasi dalam menyampaikan ilmu dan kemahiran. Tak tertakluk kepada 1 jenis saja, anda boleh masukkan beberapa format penyampaian dalam satu course.
Ia juga merupakan satu kelebihan untuk anda menarik dan ‘serve’ pelanggan/pelajar yang mendapatkan akses pembelajaran Online Course anda. Anda boleh menyampaikan ilmu/kemahiran kepada lebih ramai pelajar/pelanggan dengan berkesan kerana dapat masukkan pelbagai elemen bahan mengajar contohnya video dan bergambar.
Nak mula bina Online Course anda sendiri?
Baca 3 CARA MUDAH UNTUK MULA BUAT ONLINE COURSE
Digylearn menyediakan platform untuk anda membina dan menyebarkan Online Course anda dengan mudah dan modal yang rendah. Kami juga menyediakan perkhidmatan menulis/membina, design serta guide untuk untuk anda bina Online Course dan buat jualan.
Minat yang mendalam untuk berkongsi ilmu & ingin bantu lebih ramai pelajar menguasai subjek perniagaan, disamping melihat kurangnya bahan pembelajaran terutamanya secara digital dalam subjek ini menjadi titik tolak dalam diri Cikgu Amir yang membawa kepada pembinaan modul digital subjek Perniagaan.
Alhamdulillah, beliau berjaya hasilkan jualan sebanyak 200 unit dengan bantuan Digylearn & usaha beliau!
Ingin Digylearn bantu anda memiliki Online Course sendiri dan mula menjana pendapatan?
Klik DI SINI untuk info lanjut!
Responses